Assalamualaikum Dearest Reader[s]

Friday 22 May 2015

Andai Itu Takdirnya, Aku Redha Ya Allah (bhg. 2)

[Sambungan]

Alhamdulillah, sudah hampir 3 tahun aku berada di bumi Darul Quran ini. Pelbagai pengalaman aku tempuhi sepanjang berada di situ. Hampir setiap tahun ada sahaja ex-junior sekolah aku yang memohon masuk ke Darul Quran. Suasana sekelilingnya tenang dan mendamaikan. Sesuai bagi insan-insan yang inginkan suasana pembelajaran yang kondusif. Setiap tempat pengajian ada keistimewaan tersendiri. Bagi aku, benda yang menjadi tumpuan kepada orang di luar sana ialah TASIK dan MASJID di Darul Quran. Mungkin kerana keindahan panoramanya yang dikelilingi dengan bukit-bukau yang menghijau bagaikan sebuah lukisan bila diamati untuk seketika waktu. Ya, mungkin juga :)


 Pernah juga disiarkan di siaran televisyen TV3 gambar masjid dan tasik Darul Quran sebagai latar belakang bacaan al-Fatihah oleh Ustaz Tirmizi (Akademi al-Quran) bagi mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa nahas MH370.


Di sana, aku mengambil bidang Qiraat kerana minat yang mendalam tentang ilmu tersebut sejak di bangku sekolah lagi. Seronok juga bila dapat mengetahui sesuatu ilmu yang amat jarang dipelajari di Malaysia secara khususnya. Tajuk kajian ilmiahku juga berkisar tentang kaedah bacaan al-Quran oleh imam Warsy dalam kalangan pelajar Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) di sekolahku. Ternyata, kefahaman para pelajar masih di tahap sederhana. 

Belajarlah tentang ilmu al-Quran. Menarik!

Bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, aku memilih pengajian Bahasa Arab. Bukan kerana aku tidak minat untuk meneruskan pengajian Qiraat, tetapi mungkin kerana faktor kewangan yang masih tidak stabil untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah (Mansoura, al-Azhar, Mesir). Aku memilih Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi melanjutkan pengajianku dalam bidang Bahasa. 

Alhamdulillah, aku diterima untuk menduduki ujian temuduga di UM. Doakan agar segala urusan dipermudahkan. 



Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang terkandung dalam segala perancangan Allah. Mudah-mudahan kita semua dilimpahi rahmat dan hidayah dari Allah. Ameen :)

That's all about for now. See you soon. 

No comments:

Post a Comment